
Anestesiologi
Dr. Ahmad Azmil Othman adalah seorang Ahli Anestesiologi yang berdedikasi di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, dengan spesialisasi dalam manajemen nyeri selama prosedur bedah. Komitmennya terhadap perawatan pasien terlihat jelas dalam perannya sebagai dokter spesialis residen, memastikan pengalaman yang aman dan nyaman bagi pasien yang menjalani operasi.
Cikgu Yasir (Cikgu Yasir)
November 13, 2025 at 1:23 AM
Saya, isteri dan anak-anak ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada barisan doktor dan staf yang hebat di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Sepanjang proses rawatan dan pembedahan isteri saya, kami benar-benar rasa dihargai dan dijaga dengan penuh perhatian. ✨ Dr. Jay Suriar (Pakar Haematologi) sangat profesional dan teliti. Beliau pastikan bacaan darah isteri saya sentiasa dalam keadaan selamat dan stabil sebelum dan selepas prosedur. Penerangan yang jelas dan sikap prihatin beliau buat kami rasa lebih yakin dengan setiap langkah rawatan. ✨ Dr. Vijayan Padmanathan (Pakar O&G) memang seorang doktor yang sangat berpengalaman dan menenangkan. Beliau sangat prihatin, sentiasa mudah untuk beri penjelasan, dan bantu isteri saya melalui fasa rawatan ini dengan tenang. Beliau betul-betul ambil berat tentang keselesaan dan keadaan isteri saya. Kami sangat hargai kepakaran beliau. ✨ Dr. Thana Balan (Pakar Urologi) pula sangat mesra dan mudah untuk berurusan. Setiap soalan kami dijawab dengan sabar dan jelas. Rawatan yang diberikan juga sangat berkesan. ✨ Dr. Ahmad Azmil Othman (Pakar Bius / Anaesthesiologi) memainkan peranan penting sebelum pembedahan. Beliau menerangkan proses bius dengan sangat baik dan buat isteri saya rasa tenang. Semasa prosedur, semuanya berjalan lancar dan beliau pastikan isteri saya tidak alami sebarang ketidakselesaan. 🩺 Staf Wad 3A Tidak dilupakan juga, semua staf di Wad 3A – dari jururawat, pembantu perubatan, hinggalah ke staf kebersihan – semuanya sangat mesra, cekap, dan sentiasa bersedia membantu. Mereka bukan sahaja menjaga isteri saya secara fizikal, tetapi juga beri sokongan emosi yang sangat kami hargai. Senyuman, kata semangat dan layanan baik mereka buat kami rasa seperti di rumah sendiri. Secara keseluruhan, kami sangat bersyukur dan amat berpuas hati dengan semua yang terlibat. Terima kasih atas layanan penuh kasih sayang dan profesionalisme tinggi. Gleneagles Hospital KL benar-benar memberi pengalaman rawatan yang terbaik. 💙🙏🏻
Aliya Q
November 7, 2025 at 10:10 AM
Dokter, perawat, dan seluruh staf medis sangat ramah. Selama beberapa hari dirawat di GKL untuk prosedur, saya merasa sangat seperti keluarga dan seperti liburan. Dr. Vijayan (Sp.OG) dan Dr. Azmil (Anestesiologi) berbicara dengan suara lembut, bertindak dengan keahlian dan kebijaksanaan. Keduanya membuat saya merasa nyaman dan saya sangat bersyukur memiliki keduanya sebagai dokter saya. Terima kasih banyak atas segalanya.
Jelajahi dokter lain dengan spesialisasi dan keahlian yang serupa

Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia