
Bedah Ortopedi · Bedah Tulang Belakang
Dr. Dzulkarnain Amir adalah seorang Ahli Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang yang sangat terkemuka, membawa pengalaman internasional yang luas ke KPJ Damansara Specialist Hospital 2. Beliau menyelesaikan Fellowship Tulang Belakang Internasional yang prestisius di Rady Children's Hospital di San Diego, California, USA, mendapatkan paparan terhadap teknik-teknik canggih dalam bedah tulang belakang. Pelatihan luar negeri yang dicari ini melengkapi pendidikan dasarnya, termasuk gelar Master dalam Bedah Ortopedik dari Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan pengalaman yang luas di bidangnya, Dr. Dzulkarnain pernah menjabat sebagai Kepala Unit Tulang Belakang di Hospital Kuala Lumpur, sebuah rumah sakit pemerintah terkemuka, di mana beliau juga menjadi pelatih untuk program fellowship tulang belakang Kementerian Kesehatan. Bidang keahliannya mencakup berbagai kondisi tulang belakang, termasuk radang sendi, patah tulang, skoliosis, dan cedera pada ligamen dan tendon. Komitmen Dr. Dzulkarnain terhadap pendidikan dan peran kepemimpinannya menggarisbawahi dedikasinya terhadap keunggulan dalam perawatan ortopedi dan tulang belakang, menjadikannya spesialis tepercaya bagi pasien yang mencari perawatan ahli untuk kelainan tulang belakang yang kompleks.
Sada Isa
October 28, 2025 at 7:27 AM
Saya memiliki pengalaman yang luar biasa di Klinik Ortopedi KPJ Damansara 2. Dr. Dzulkarnain meluangkan waktu untuk menjelaskan kondisi saya secara menyeluruh dan jelas selama pemeriksaan, yang sangat membantu saya memahami masalahnya dengan lebih baik. Saya juga ingin menyoroti layanan prima dari staf administrasi, terutama Gauri, yang sangat ramah dan membantu selama seluruh proses—mulai dari pendaftaran hingga akhir konsultasi saya. Sangat direkomendasikan bagi siapa pun yang mencari perawatan profesional dan penuh perhatian.
nureen afiza
October 28, 2025 at 7:24 AM
Kali pertama admit hospital :1. Nurse2 di icu & wad level 7 beberapa kali confirm ubat2 dengan saya. Saya dah wassap senarai ubat saya kepada Dr. Beni tapi masih tanya2 saya lagi.2. Nurse2 di level 7 tak bagi ubat dengan betul, silap bagi dos ubat, silap timing bagi ubat, inject insulin saya tengah makan, tak inject insulin sehingga saya lambat makan & tak inject sulin tetapi dalam sistem tulis inject insulin.3. Semasa di wad level 7, saya beritahu nurse yang saya sakit dada tetapi tiada tindakan rawatan lanjut & tidak dipedulikan.4. Nurse2 wad level 7 & Dr. Beni paksa saya untuk pergi buat echo jantung sedangkan saya dah beritahu saya sakit dada.5. Nurse2 wad level 7 & Dr. Beni ugut saya yang jika saya tak nak buat echo, maka prosedur angio jantung tak akan dibuat. Bukan saya TAK NAK, saya tengah sakit! Dah la tak beri rawatan selanjutnya, paksa & ugut saya pulak! Macam mana saya nak pergi dalam keadaan sakit?! Tak fikir ke kalau perkara buruk berlaku kepada saya jika saya paksa diri juga pergi echo tu?!5. Pada hari untuk buat angio, Dr. Beni telah tarik diri & enggan buat angio kepada saya. Sedangkan insurans buat angio atas nama dia. Terpaksa diganti oleh doktor kardiologi yang lain & kena mohon insurans yang baru. Semasa angio, ada saluran jantung saya tersumbat & dimasukkan Balloon ke dalam jantung. Jelas sekali Dr. Beni telah melanggar etika doktor, mengabaikan tanggungjawab & meletakkan nyawa saya di dalam bahaya.Kali kedua admit hospital :1. Dr. Amir/Amri di bahagian kecemasan telah meletakkan pesakit yang menghidap Covid berdekatan dengan katil saya. Sedangkan saya adalah pesakit jantung kronik & mempunyai masalah paru2. Pada masa tu juga saya sedang sakit dada & sukar bernafas. Apakah ianya mengikut SOP Covid yang betul untuk pesakit yang berisiko tinggi? Bila saya tanya kenapa letak pesakit Covid dekat dengan saya, dengan biadapnya dia menjawab "saya bukan Tuhan". Apakah ini etika & adab seorang doktor kepada pesakit?!2. Semasa di dalam wad, saya telah disuruh untuk berjalan2 di dalam hospital kononnya untuk melancarkan pernafasan saya. Akibatnya saya telah dijangkiti chickenpox & terpaksa berada di wad selama beberapa hari lagi sedangkan saya telah di dalam proses untuk discharge. Saya sakit jantung kronik, ada 7 stent & ada bronkitis. Hospital pula sudah pasti dipenuhi virus, kuman & bakteria. Memang mudah la saya dijangkiti & mendapat penyakit tambahan. Adakah ini cara hospital mencari peluang & ambil kesempatan ke atas saya sebagai pesakit untuk ambil duit saya & claim insurans saya dengan semaksimumnya?!Kali ketiga admit hospital :1. Saya request untuk tukar menu kepada roti, butter & jem (menu yang lebih murah) untuk lunch & dinner disebabkan saya ada masalah deria rasa & x lalu makan. Tanpa rasa simpati & common sense, saya telah dicaj dalam bil & dipaksa untuk bayar.2. Saya juga dipaksa untuk bayar bagi kos yang amaunnya tiada dinyatakan di dalam bil.3. Semasa discharge, saya juga dipaksa bayar deposit sedangkan insurans saya tak perlu bayar deposit. Saya tak nak bayar sebab masa admit sebelum ni (masa tu insurans kena bayar deposit), deposit saya tidak dipulangkan sehinggalah saya kena call follow-up. Bila saya tak nak bayar, staff kat kaunter marah2 & bergaduh dengan saya sedangkan ada pilihan untuk saya sign borang akujanji untuk bayar. Tetapi, staff tu memilih untuk memaksa & bergaduh dengan pesakit!Perkara2 ni telah saya adukan kepada pihak hospital melalui customer service. Tetapi, tiada tindakan yang wajar diambil & tiada penyelesaian secara baik dengan saya. Masih bersikap menegakkan benang yang basah & menafikan hak saya sebagai pesakit. Sangat tidak beretika & tidak profesional! Memang tak de bintang langsung tapi tak boleh letak tak de bintang.

Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia