
Urologi
Dr. Lee Ming adalah seorang Urolog Konsultan terkemuka dan Kepala Layanan Medis di Columbia Asia Hospital Seremban. Memulai kariernya pada tahun 1991, beliau membawa pengalaman luas dalam mendiagnosis dan mengobati berbagai kondisi saluran kemih baik pada pria maupun wanita, serta masalah sistem reproduksi pria. Peran kepemimpinannya menggarisbawahi kontribusi signifikan dan kedudukannya yang terpercaya di dalam komunitas medis, memastikan standar perawatan yang tinggi dan keunggulan operasional.
Ns2
November 18, 2025 at 9:58 AM
Menunggu untuk dirawat inap.. Penuh karena rumah sakit mawar tutup.. Tapi dengan staf yang efisien, saya berhasil mendapatkan kamar. Besok akan menjadi operasi pengangkatan batu saya di bawah Dr. Lee Ming.. ini pengalaman kedua saya mengangkat batu. Saran saya.. . Tolong minum banyak air dan perhatikan asam urat Anda.. Semoga Beruntung..
Attached Images (4)




noura lara
November 18, 2025 at 9:58 AM
Sebelum ini saya ada mendapatkan rawatan di hospital lain kerana masalah batu karang, saya mengalami mimpi buruk semasa prosedur memasukkan stent. Pengalaman yang amat menakutkan dan menyakit saya di hospital tersebut. Sudahlah saya tidak diberitahu tentang prosedur rawatan yg akan dijalankan. Bila bertanya pada jururawat yang menolak saya ke bilik rawatan pun, mereka tidak tahu prosedur rawatan saya. Bius separuh atau penuh?bagaimana rawatan akan dibuat? itu semua tidak pernah diberitahu sehingga saya masuk ke dlm bilik rawatan dan rawatan dilakukan tanpa hiraukan perasaan saya dan ketakutan yang saya rasa. Apa yang saya tahu dan masih segar dalam ingatan, sepanjang prosedur saya menjerit-jerit kesakitan. Kalua anda atau ahli keluarga ditempat saya, adakah anda akan mejalani rawatan yang sangat menyakitkan ini. Tanpa bius dan dalam keadaan sedar? Apabila saya dapat tahu yang stent ini perlu dikeluarkan dlm masa 6 bulan, saya menjadi lebih takut, kerana perlu melalui prosedur yg sama spt saya sudah lalui sebelum ini. Saya takut dan tak mungkin mahu buat lagi prosedur tersebut di tempat dan orang yang sama, saya jadi fobia dan trauma untuk kembali mendapatkan rawatan di sana untuk mengeluarkan stent. Sepanajang stent berada didlm ureter dan setelah cuti sakit habis, saya telah mula bekerja spt biasa, tetapi keadaan sudah tidak sama. Setiap hari saya tidak selesa. Nak tidur susah, nak bekerja susah, nak berjalan pun susah. Sedikit pergerakan sahaja membuatkan saya sakit di bahagian perut, terutama di bahagian kiri tempat stent diletakkan. Saya kerap mengambil cuti sakit. Temujanji di hospital pula lambat lagi, akhir bulan januari nanti. Oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Colombia Asia Seremban. Pada 7/1/2021 jam 8.30 pagi, saya ke Hospital Colombia Asia dan saya telah berjumpa dengan Dr. Lee Ming, beliau adalah Pakar Urology. Saya ceritakan pengalaman rawatan sebelum ini dan masalah kesihatan saya setelah rawatan tersebut dibuat kepada Dr. Lee Ming. Beliau faham dengan masalah yang saya hadapi dan bertanya pd saya, adakah saya mahu stent dikeluarkan pada hari ini? Saya terkejut juga, ingatkan saya perlu buat temujanji lain lagi untuk proses keluarkan stent. Saya pula mmg tidak tahan sakit lagi sepanjang stent ada didlm perut. Terus saya bersetuju, asal boleh kembali menjalani kehidupan normal mcm sebelum ini. Dr. Lee Ming menceritakan bagaimana prosedur akan dijalankan. Dr. Lee Ming tahu saya sangat takut untuk menjalankan prosedur tersebut kerana pengalaman buruk sebelum ini. Beliau menenangkan saya dan mengatakan tidak ada apa2 yang perlu saya risaukan untuk prosedur rawatan ini. Walaupun sangat2 takut, jaminan dan penerangan yang jelas dari Dr. Lee Ming, menyebabkan saya rasa lebih yakin dan selamat untuk menjalankan prosedur ini. Selepas xray dibuat, saya telah dimasukkan ke OT Day Care untuk menjalankan prosedur rawatan mengeluarkan stent. Sepanjang rawatan Dr. Lee Ming dan jururawat menenangkan saya, mungkin mereka dapat lihat ketakutan yang saya rasakan. Sebelum rawatan, bius dimasukkan. Apabila alat dimasukkan, saya hanya rasa sedikit pergerakan, tau2 zuupp!! akhirnya sekelip mata shj, stent dikeluarkan. Sgt2 lega. Saya hanya rasa tegang sedikit diperut tetapi dengan pantas Dr. Lee Ming menawarkan suntikan tahan sakit. Saya diminta berehat seketika sebelum berjumpa semula dengan Dr. Lee Ming. Petang saya dibenarkan balik. Sangat2 mudah dan cepat proses rawatan saya. Dr. Lee Ming perihatin dengan masalah saya dan memberi rawatan yang sangat baik sepanjang saya menerima rawatan di sana. Pengalaman yang sangat selesa,meyakinkan dan paling penting,saya rasa selamat serta tidak ragu-ragu untuk menjalankan rawatan. Sekiranya saya ada kawan2 atau ahli keluarga yang ada pengalaman sakit seperti saya, sudah pasti saya akan mencadangkan Dr. Lee Ming. Sekali lagi, terima kasih banyak2 Dr. Lee Ming.
Latifah Lokman
November 18, 2025 at 9:53 AM
Setelah 23 tahun berurusan dgn Hospital Columbia Asia Seremban utk rawatan seisi keluarga, saya amat berpuas hati dengan layanan dan rawatan yang diberikan. Thanks Dr Radha, Dr Intan, Dr Gilbert, Dr Lee Ming, Dr Wiliam, Dr Rahim, Dr Noram dan teristemewa utk SN Indrani. You all THE BEST 👍 …

Seremban, Malaysia

Seremban, Malaysia